Pengarah didakwa terima Honda Accord sebagai suapan

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 20 September – Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti sebuah universiti awam di negeri ini direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki menerima suapan sebuah kereta Honda Accord.

Tertuduh berusia 50-an ditahan kira-kira jam 3 petang semalam di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin, selepas menerima permohonan daripada SPRM.

Permohonan reman itu yang bermula hari ini dan akan berakhir pada Isnin depan (26 September) dipohon bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas lelaki terbabit mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, lelaki berkenaan tiba di Kompleks Mahkamah Melaka, kira-kira jam 9 pagi dengan berpakaian lokap dan diiringi pegawai SPRM.

Sementara itu Pengarah SPRM Negeri Melaka Mohd Shahril Che Mat berkata, individu berkenaan ditahan kerana disyaki menerima satu suapan harta alih iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Accord 2.4 yang dianggarkan berjumlah RM174, 500.

“Ia diperoleh daripada seorang pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654, 350,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4336
Kongsi :

One thought on “Pengarah didakwa terima Honda Accord sebagai suapan

Comments are closed.

Previous post Lima mangsa sindiket kerja di Kemboja berjaya dibawa pulang
Next post Tak sempat tengok wayang, remaja maut kemalangan
Ubah saiz-+=