
Pengawal keselamatan direman bantu siasatan penemuan mayat wanita rentung
KUALA LUMPUR, 14 Mac – Seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita rentung di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Izham Jaafar berkata perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 30-an itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.
“Hasil siasatan awal polis mendapati suspek bekerja di sekolah berkenaan sejak dua tahun lepas manakala si mati yang berumur 25 tahun, bertugas sejak Februari lepas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita yang rentung dalam kebakaran di bengkel kemahiran hidup sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, di sini pada Sabtu.
Muhammad Izham berkata lelaki terbabit ditahan pada pukul 6 petang di lokasi kebakaran dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
