Pengecualian bayaran fi lesen pengusaha pelancongan, pemandu pelancong dilanjutkan – MOTAC

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PUTRAJAYA 31 Dis – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), hari ini mengumumkan pelanjutan pengcualian pembayaran fi lesen membabitkan pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong.

MOTAC dalam satu kenyataan berkata, langkah itu di ambil atas dasar prihatin terhadap cabaran yang dihadapi penggiat pelancongan susulan impak pandemik COVID-19.

Antara inisiatif yang dijalankan MOTAC bagi membantu penggiat yang terkesan ialah seperti melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula dari 1 Jan hingga 30 Jun 2022.

Selain itu, fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang belum mendapat kelulusan pembaharuan lesen disebabkan oleh Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga akan dikecualikan.

Pengecualian itu turut diberikan kepada mereka yang telah mendapat kelulusan namun tidak dapat membuat bayaran fi lesen disebabkan PPN.

“MOTAC berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak mengambil peluang ini untuk membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing bagi memastikan pengecualian ini dapat dinikmati.

“Pengecualian fi pembaharuan lesen sehingga 30 Jun 2022 telah melibatkan 2,219 buah syarikat pengusaha pelancongan yang berjumlah lebih RM1.6 juta.

“Pihak Kementerian turut menyeru semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang terlibat untuk membuat pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pematuhan kepada perundangan sedia ada,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1322
Kongsi :
Previous post Banjir: Penduduk berjaga malam pantau keadaan
Next post Melaka diramal hujan sepanjang hari, esok
Ubah saiz-+=