
PENGHANTAR TUMBUHAN HIASAN DITAHAN SELUDUP PELBAGAI JENIS TUMBUHAN BERNILAI RM4.5 JUTA
KOTA BHARU 14 Disember – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis tumbuhan hiasan termasuk orkid dan pokok bidara yang dianggarkan bernilai RM4.5 juta di Kampung Limau Purut, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang, Rabu lepas.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata pihaknya menahan sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan pada kita-kira 7 malam.
Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan lebih 15,000 pelbagai jenis anak pokok yang dipercayai diseludup dari Thailand di dalam kenderaan itu tanpa dokumen yang sah.
“Suspek seorang lelaki tempatan berumur 53 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tumbuhan tersebut ke pasaran tempatan dan kes ini disiasat dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5,” katanya dalam kenyataan.
Nik Ros Azhan berkata suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
