Peniaga asam pedas naikkan harga diberi notis – KPDNHEP

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

LENDU 15 Jan – Padah menaikkan harga jualan asam pedas, seorang peniaga diberi notis oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata notis itu dikeluarkan selepas pihaknya menerima aduan kenaikan harga asam pedas itu daripada orang awam.

Katanya, hasil pemantauan mendapati peniaga asam pedas di daerah Melaka Tengah itu menaikkan harga tanpa alasan munasabah.

“Setakat ini hanya satu peniaga yang telah diberikan notis kerana menaikkan harga jualan asam pedas yang terlalu tinggi.

“Apapun, kita akan terus membuat pemantauan dan penguatkuasaan di premis-premis asam pedas lain di seluruh negeri untuk memastikan tiada peniaga menaikkan harga jualan sesuka hati.

“Ini demi menjaga kepentingan pengguna dan juga pelancong yang datang ke Melaka memandangkan asam pedas merupakan antara makanan yang menjadi tarikan di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

NORENA (kiri) mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali ke Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai agar tampil membuat aduan mengenai kenaikan harga barang secara terus kepada pihak KPDNHEP Melaka.

“Aduan boleh disalurkan ke talian Whatsapp 019-2794317 atau menerusi aplikasi ez-Adu serta emel ke [email protected].

Terdahulu, Norena mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali ke Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Pengguna Ngwe Hee Sem.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

876
Kongsi :
Previous post Fokus segera bersihkan Bachang – Kalsom
Next post Gerai jualan bantu ekonomi golongan muda
Ubah saiz-+=