
Penunggang maut motosikal rempuh tembok longkang
AYER LIMAU 30 Mac – Pemuda maut selepas motosikal ditunggang merempuh tembok longkang dalam kejadian di laluan selekoh berbukit di Jalan Ramuan China Kechil, Lubok China, di sini, jam 11 pagi tadi.
Mangsa, Nor Mohamad Firdaus Abd Razak, 35, menetap di Lorong 1, Taman Wira Indah, Lubok China, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal Yamaha 135LC datang dari arah Lubok China menghala ke Masjid Tanah.
“Ketika tiba di selekoh motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh tembok longkang.
“Siasatan awal di lokasi menemui kesan tayar di atas rumput sebelah kiri jalan. Kesan geseran dan serpihan komponen motosikal yang mengalamai kerosakan pada bahagian depan,” katanya.
Arshad berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...

