Peralihan endemik: Rakyat teruja, tapi tetap waspada

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

AYER KEROH 26 Mac – Peralihan ke fasa endemik bermula 1 April ini menerbitkan keterujaan dalam kalangan orang ramai.

Ia apabila dijangka beberapa prosedur operasi standard (SOP) mungkin dilonggarkan, selain pintu sempadan negara akan mula dibuka.

Bagi Salina Hasan@Abd Rashid, 45, fasa peralihan itu dijangka mampu memberi kelegaan kepada ramai pihak, khususnya mereka yang terkesan sejak pandemik COVID-19 melanda.

SALINA

Meskipun begitu, ibu kepada empat anak itu tetap berharap orang ramai tidak mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, sebaliknya perlu terus berwaspada agar jangkitan di negara ini tidak

“Pembukaan sempadan negara 1 April nanti sudah tentu akan merancakkan lagi perkembangan ekonomi sekali gus memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk menjana lebih pendapatan.

“Keputusan ini bukan sahaja membantu peniaga kecil yang terkesan akibat penularan COVID-19, malah memberi peluang kepada ibu bapa yang ingin membawa keluarga mereka bercuti dan menenangkan fikiran.

“Namun diingatkan juga, sebagai rakyat kita perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan penjagaan kendiri seperti pakai pelitup muka kerana virus COVID-19 masih lagi ada dalam komuniti kita,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Nor Suzila Said, 42, pula bercadang untuk merancang percutian bersama keluarga apabila negara mula memasuki fasa peralihan ke endemik.

NOR Suzila

Bagaimanapun, dia tetap mengambil langkah berjaga-jaga dan mementingkan aspek pematuhan SOP dalam memastikan kesihatan dan keselamatan keluarga serta orang ramai diutamakan.

“Alhamdulillah sempadan dah buka nanti dan kita pun akan beralih ke endemik, selepas ini lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat… tapi kita jangan mudah leka risau pula kes COVID-19 semakin meningkat.

“Lepas ini kita akan dapat melihat aktiviti ekonomi negeri-negeri lain terutamanya dalam sektor pelancongan dan peruncitan akan kembali rancak dengan pembukaan sempadan negara.

“Sebagai ibu saya juga gembira dan tidak sabar untuk bawa keluarga saya bercuti ke negeri-negeri lain, tapi untuk permulaan ini saya ingin bawa anak-anak ke Cameron Highlands,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

714
Kongsi :
Previous post Terbuka Switzerland: Aaron-Wooi Yik melangkah ke separuh akhir
Next post Hampir 1.3 juta kanak-kanak Malaysia terima vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=