
PM lawat Melaka
AYER KEROH 14 Sept. – Perdana Menteri Tan Muhyiddin Mohd Yassin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pagi tadi dalam siri lawatan ke Melaka hari ini.
Ketibaan beliau kira-kira jam 8.40 pagi tadi disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Melaka Datuk Seri Dr. Hasim Hasan.
Turut menyambut beliau barisan Pengerusi Jawatankuasa Negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Sulaiman menerusi kenyataan di Facebook mengalu-alukan kehadiran Muhyiddin ke Melaka.
“Mewakili Kerajaan Negeri Melaka, saya mengalu-alukan serta mengucapkan selamat datang kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena lawatan ke Melaka, hari ini.
“Pagi ini juga, saya bersama delegasi Kerajaan Negeri Melaka termasuk Hasim dan Ab Rauf bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka turut menyambut ketibaan Tan Sri di LTAM.
“Dalam lawatan sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (EAC) selama sehari di Melaka ini, Perdana Menteri akan memenuhi beberapa program tidak rasmi termasuk menyantuni komuniti peniaga bagi mendapatkan maklum balas mengenai Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), berdampingan dengan rakyat serta tidak ketinggalan untuk bersama-sama wakil industri,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...
SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA
AYER LIMAU 10 September - Pertanian organik dilihat bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah mampu menjadi alternatif kepada masyarakat...
WRUR AYER LIMAU: RESAH SETIAP KALI RIBUT PETIR BERAKHIR, PENDAWAIAN ELEKTRIK UZUR DIGANTI BAHARU
AYER LIMAU 9 September - Risau berlaku litar pintas akibat pendawaian elektrik rumah yang sudah uzur, Muhammad Adlan Hanif Mohd...
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...
