Perjuangan jentera BN tidak pernah luntur

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 16 Nov – Keyakinan Barisan Nasional (BN) tidak pernah luntur walaupun ada cubaan melemahkan jentera parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, pihaknya dimaklumkan jentera BN di Melaka kini sedang giat berkempen tidak kira malam atau siang, hujan mahupun panas.

“Saya sangat terharu mendengar perkhabaran itu, mereka terus bergerak tanpa henti. Itulah sebuah jasa dan bakti yang amat besar ertinya.

“Ketahuilah bahawa seluruh jentera BN yang terlibat pada PRN Melaka kali ini akan tercatat dalam sejarah sebagai pemangkin kepada kebangkitan semula BN,” katanya menerusi hantaran Laman Facebooknya.

Menurut beliau, walaupun dari kejauhan, dirinya sentiasa mendoakan kesejahteraan seluruh jentera BN yang bertungkus lumus memenangkan calon BN tanpa mengenal erti penat lelah.

“Bukan sahaja kepada Melaka, malah seluruh rakyat Malaysia tidak sabar untuk menyaksikan langkah pertama BN mengembalikan kestabilan demi kemakmuran bermula di Melaka, Insya-Allah.

“Semoga sentiasa dalam perlindungan Yang Maha Agung tidak kira di mana merek berada di Melaka, demi sebuah perjuangan yang murni dan penuh bermakna,” katanya.

Ujar Zahid lagi, kebangkitan BN untuk kembali sebagai parti teras mentadbir negara dan negeri-negeri seperti kegemilangan masa lalu yang sangat dirindui rakyat Malaysia.

“Yakinilah bahawa perjuangan itu jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang tulen bagi menegakkan kebenaran demi masa depan rakyat dan negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

529
Kongsi :
Previous post Hati-hati buka pintu sempadan negara – Azmin
Next post PRN Melaka: 64 peratus keluar mengundi awal setakat 1 tengah hari
Ubah saiz-+=