Sorting by

×

PERKASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

SERI NEGERI 25 April – Pelbagai strategi diatur bagi membantu meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya mereka yang mengikuti kursus di institusi kemahiran di Melaka.

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata usaha itu wajar diperkasakan seiring dengan pengiktirafan Melaka sebagai hab TVET negara.

“Semua institusi pengajian tinggi terutamanya di bawah Kerajaan Negeri perlu mempergiatkan pelaksanaan sesi libat urus dengan pemain industri.

“Selain itu, perlu menjalin kerjasama dengan mereka (pemain industri) untuk mendapatkan maklum balas berhubung keperluan tenaga kerja yang bersesuaian dengan kehendak semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan agensi kerajaan.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Majlis TVET Negeri Melaka pada 2022 untuk memberikan fokus kepada bidang kemahiran, sekali gus mengubah landskap ekonomi kearah perindustrian.

Majlis TVET Melaka menjadi agenda utama Kerajaan Negeri untuk memperkasa agenda TVET dan menjadikan inisiatif dilaksanakan lebih berkesan, membangunkan modal insan berkemahiran tinggi menerusi proses pendidikan dan latihan yang menjurus ke arah pekerjaan selain menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

346
Kongsi :
Previous post INISIATIF PARAKOM BUKTI KERAJAAN CAKNA ASPEK KESEJAHTERAAN, KESIHATAN RAKYAT
Next post LAKSANA PROJEK, PROGRAM MENGIKUT TEMPOH MASA DAN SASARAN