
Perlu tingkat lagi SOP Pasar Batu Berendam selepas dibuka semula
BATU BERENDAM 22 Mei – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meminta orang ramai supaya mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di Pasar Borong Batu Berendam selepas dibenar beroperasi semula hari ini.
Yang Dipertuanya Datuk Shadan Othman berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan pasar itu beroperasi bermula 12 tengah malam tadi susulan penutupannya, baru baru ini.
“Biarpun dibenar beroperasi semula bukan bererti semua pengunjung dan peniaga boleh terus mengabaikan SOP, pemakaian pelitup muka dan juga mengamalkan penjarakan sosial.
“Pemantauan dan arahan dari semasa ke semasa terus diperketatkan bagi memastikan tiada kluster baharu dari pasar ini dan ini menjadi tanggungjawab semua bagi memastikan Pasar Borong Batu Berendam selamat untuk dikunjungi,” katanya dalam kenyataannya selepas mengunjungi pasar terbabit, tengah malam tadi.
Sebelum ini MHI melaporkan pasar borong terbabit diarahkan tutup sejak 19 Mei lalu berikutan kerja-kerja sanitasi dijalankan di kawasan itu.
Ia sebagai langkah pencegahan awal berikutan terdapat tujuh peniaga di pasar borong itu menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB TURUN PADANG SANTUNI PENDUDUK, SALUR BANTUAN IKUT KEPERLUAN
TELOK MAS 18 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meneruskan pendekatan turun padang dengan menyantuni pemilik tujuh buah rumah...
RUMAH USANG JADI SAKSI KETABAHAN IBU TUNGGAL
TELOK MAS 18 Jun – Kehidupan seorang ibu tunggal, Rafedah Othman, 57, penuh liku apabila terpaksa meneruskan kehidupan di rumah...
JENAMA KOPI KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA ‘LAHIR’ DI KESIDANG
KESIDANG 18 Jun – Siapa yang tidak mengenali jenama kopi terkenal Aik Cheong yang menjadi pilihan rakyat Malaysia sejak puluhan...
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
