
Permohonan pengampunan diraja Najib tidak pernah dibincang di Kabinet – Loke
PUTRAJAYA, 10 April – Permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet kerana ia bukan urusan kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
“Isu pengampunan itu ialah pendirian UMNO sebagai parti politik,” katanya menjawab soalan dalam sidang media di sini hari ini.
Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata sesiapa sahaja selepas disabitkan kesalahan boleh memohon pengampunan dan ia merupakan proses biasa.
“Proses itu adil kepada semua pihak. Siapa-siapa sahaja boleh mohon pengampunan tapi sama ada itu dibenarkan atau tidak terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Untuk kita, kita menaruh kepercayaan kepada proses itu dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan yang terbaik,” katanya.
Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.
Pada 31 Mac lepas, Najib gagal memperoleh kebenaran menyemak hukuman dan sabitan itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KESEJAHTERAAN EMOSI WANITA PERLU DIBERI PERHATIAN
KLEBANG 10 November - Suri rumah tidak seharusnya memendam tekanan emosi atau memaksa diri untuk sentiasa kelihatan kuat sehingga mengabaikan...
GELOMBANG BIRU SEMAKIM MENGKUAT, SOKONGAN KEPADA CALON BN TERUS MENINGKAT
AYER LIMAU 10 November - Momentum sokongan terhadap calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Masjid Tanah menunjukkan perkembangan semakin...
PRN MELAKA: JENTERA BN ‘JANGAN TIDUR’, TERUS PERHEBAT GERAK KERJA
DUYONG 10 November - Jentera Barisan Nasional (BN) perlu terus mempergiatkan gerak kerja sehingga saat akhir kempen Pilihan Raya Negeri...
AURA GURU TOK LI, PIKAT MASYARAKAT TIONGHOA PAYA MENGKUANG
KUALA LINGGI 10 November - Bukan populariti semata-mata, sebaliknya keperibadian beliau yang cepat mesra, sikap merendah diri dan latar belakang sebagai...
PRN MELAKA: MENANG DENGAN TAWARAN, BUKAN SERANGAN BURUKKAN LAWAN – RAIS
SUNGAI UDANG 10 November - Semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka digesa mengutamakan tawaran pembangunan dan...
DARIPADA ‘CUKUP MAKAN’ KEPADA MAMPU MENYIMPAN, ANAK MUDA MELAKA KEHIDUPAN LEBIH SELESA
TANJUNG BIDARA 10 November - Jika sebelum ini gaji bulanan sekadar cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan komitmen asas, kini...
