Persatuan hotel jangka 30 peratus kehadiran pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 6 Dis. – Persatuan hotel di negeri ini menjangkakan 30 peratus pelancong bakal membanjiri Melaka hingga hujung Disember 2020.

Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka Goh Hock Gin berkata, ia berikutan pergerakan rentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara mulai 7 Disember (Isnin) ini.

Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka Goh Hock Gin

“Ini satu tindakan yang positif, sasaran kita memang lebih ramai pelancong datang dan Melaka sudah bersedia menerima kehadiran mereka.

“Bila semua dah buka kita harap boleh beri impak positif, jika 30 peratus pun kita puas hati sebab dah empat minggu tiada pelancong,” katanya ketika dihubungi MHI.

Jelasnya, MATTA juga sedang melaksanakan usaha yang memfokuskan produk pelancongan eko.

“Selain Melakan Visit Melaka Packages 2020, kita juga akan memperkenalkan produk ‘eco tourism’.

“Dengan adanya produk ini kita dapat gerakkan ejen pelancongan untuk bawa pelancong ke kawasan-kawasan eko ini,” katanya.

Katanya, pihak hotel dan ejen pelancongan juga menyediakan pakej-pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan.

“Esok kita akan pergi ke kawasan Jasin, sama bagi produk ‘eco tourism’ bersama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), kita akan buat ‘study tour’ untuk keluarkan pakej baharu,” katanya lagi.

Views:

719
Kongsi :
Previous post TMJ ucap takziah atas pemergian ahli keluarga Syafiq Ahmad
Next post Wanita maut terbabit kemalangan
Ubah saiz-+=