Pertandingan ‘Jom Selfie’ hingga 30 September

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 5 September – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melanjutkan tempoh pertandingan ‘Jom Selfie’ dan Menang Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sehingga 30 September ini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, tempoh itu bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menghantar hasil karya mereka dengan mengikut syarat utama iaitu gambar berswafoto.

“Memandangkan kami menerima hasil karya daripada orang awam yang tidak mengikut syarat iaitu selfie atau swafoto, jadi pihak MBMB bersetuju melanjutkan tempoh pertandingan ini.

“Antara syarat pertandingan peserta perlu menggunakan akaun peribadi Facebook masing-masing, tidak dibenarkan menggunakan akaun ‘page’ atau ‘groups’ Facebook, peserta adalah warganegara Malaysia, ‘tag’ atau menanda akaun Facebook MBMB bagi setiap gambar yang dimuat naik di akaun masing-masing.

“Lokasi gambar tersebut perlulah berada di dalam kawasan pentadbiran MBMB sahaja, gambar tersebut perlu mengikut kreativiti masing-masing, tiada had umur ditetapkan untuk penyertaa, ‘fake account’ atau akaun palsu automatik tidak layak menyertai penyertaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini di sini, hari ini.

Katanya, pemenang akan dikira berdasarkan kriteria markah seperti dilampiran yang disediakan seperti gambar mempromosi negeri Melaka sebagai destinasi tumpuan pelancong, bilangan tanda suka, perkongsian dan tontonan.

“Johan akan menerima wang tunai RM500, naib johan menerima wang tunai sebanyak RM300, tempat ketiga RM200 dan sebanyak 10 saguhati RM100.

“Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi,telefon, email dan Facebook rasmi MBMB, gambar ‘selfie’ yang di ‘tag’ di akaun rasmi Facebook MBMB boleh digunakan oleh pihak MBMB,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1189
Kongsi :
Previous post Tidak perlu lagi tadah air hujan guna besen
Next post YaPIEM peruntuk RM40 juta untuk pembangunan sosioekonomi
Ubah saiz-+=