YaPIEM peruntuk RM40 juta untuk pembangunan sosioekonomi

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

MACHAP JAYA 5 September – Sejumlah kira-kira RM40 juta diperuntukkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sepanjang tahun ini bagi menjalankan program sosioekonomi termasuk kebajikan di seluruh negara.

Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan YaPIEM Parihah Hasan berkata, daripada jumlah itu sejumlah RM5 juta dibelanjakan untuk projek bina baharu dan baik pulih 85 kediaman menerusi Program Inspirasi MyHAUS tahun ini.

“Program MyHAUS ini kita bantu merangkumi tiga perkara termasuklah penyediaan tempat tinggal yang wajar untuk peserta di bawah e-Kasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) atau asnaf majlis agama Islam negeri.

“Malah kita turut memberikan bantuan perniagaan dan bimbingan termasuklah latihan kepada usahawan yang mempunyai kemampuan pergi lebih jauh. Bantuan peralatan dan modal kerja juga disediakan menerusi aspek kelestarian,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis Program Inspirasiku MyHAUS YaPEIM yang turut dihadiri Pengarah Pejabat Pembangunan Melaka, Megat Azlani Megat Ramli, di Kampung Melayu Machap Jaya, hari ini.

Menurut Parihah, kesemua teras sokongan yang diperkenalkan pihaknya dilihat dapat membantu kumpulan sasar sekaligus dapat mengubah kehidupan ke tahap yang lebih baik.

Sementara itu, Megat Azlani berkata, di Melaka seramai 1,595 ketua isi rumah di Melaka berstatus miskin tegar direkodkan berdasarkan data e-Kasih sehingga 31 Ogos lalu.

“Pelbagai usaha dilakukan dalam memastikan kumpulan ini dapat dikeluarkan dari status itu menjelang Disember depan.

“Ia termasuk menerusi Program Usaha Kasih yang mana seramai 45 peserta kita berjaya mengubah dan keluarkan mereka daripada status kemiskinan tegar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

845
Kongsi :
Previous post Pertandingan ‘Jom Selfie’ hingga 30 September
Next post Ekopelancongan Sungai Linggi fokus utama pelancongan utara Melaka
Ubah saiz-+=