Pertandingan memasak, memancing tawar hadiah bernilai RM30,000

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 12 Disember – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan hadiah utama bernilai sehingga RM30,000 sempena Pertandingan Memancing dan Memasak Sungai Melaka 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk TPr. Haji Murad Husin berkata, pertandingan yang diadakan pada 25 Februari 2024 itu dijangka merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Pertandingan ini diadakan di Sungai Melaka Fasa 2, sasaran peserta memancing adalah seramai 1,500 dengan tawaran hadiah utama bernilai RM30,000 tunai, manakala 100 peserta bagi acara memasak.

“Selain itu, acara besar iaitu Festival Sungai Melaka 2024 akan diadakan pada 1 hingga 9 Jun 2024, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti persembahan kebudayaan, pameran, acara sukan, rekreasi dan lain-lain,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Murad berkata PPSPM telah pun mengaturkan sebanyak 42 acara untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2024 bagi memeriahkan TMM2024.

“Kita turut menawarkan Pakej Keluarga TMM (Tahun Melawat Melaka) membabitkan empat agensi iaitu Melaka River Cruise (MRC), Zoo Melaka, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Menara Taming Sari (MTS).

“Menerusi pakej ini keempat-empat agensi terlibat berkolaborasi dengan menawarkan harga yang lebih rendah untuk pengunjung yang datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1636
Kongsi :
Previous post Dr Dzulkefly kembali terajui Kementerian Kesihatan
Next post CEO baharu KWSP akan diumumkan dalam masa terdekat
Ubah saiz-+=