Peruntukan RM15,000 wujud Briged Seni Dondang Sayang

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BUKIT BARU 1 Okt. – Jabatan Kesenian dan Kebudayaan (JKKN) memperuntukkan RM15,000 bagi mewujudkan Briged Seni Dondang Sayang di Asrama Akhlak Bukit Baru, di sini.

Penasihat Persatuan Dondang Sayang Melaka, Datuk Akramuddin Abd Aziz berkata, usaha itu menjadi platform kepada generasi muda khususnya penghuni di asrama tersebut untuk menceburi bidang kesenian.

“Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Melaka Tengah melalui biro kesenian akan mewujudkan satu kumpulan dondang sayang.

“Alhamdulillah JKKN telahpun memberikan peruntukan sebanyak RM15,000 untuk kita mengadakan briged kesenian dondang sayang ini.

“Bagi saya ini adalah satu perkara yang harus diwarisi oleh generasi akan datang, kalau kita tak buat sekarang bila lagi nak buat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Dondang Sayang di Asrama Akhlak Bukit Baru di sini, malam ini.

Jelasnya, beliau juga telah bersetuju untuk mewujudkan pasukan dondang sayang dan mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka.

“Satu hari nanti apabila mereka keluar daripada sini, mereka akan membawa balik ilmu yang telah dipelajari untuk masa hadapan.

“Ini secara tidak langsung memperluaskan dondang sayang sekali gus mengingatkan rakyat di luar sana agar jangan lupakan tentang kesenian ini.

“Peruntukan itu juga akan digunkan untuk mengadakan bengkel dan membeli peralatan, kalau tidak cukup pun InsyaAllah sebagai pengerusi kita akan ikhtiar untuk mendapatkan peruntukan lagi,” katanya.

Katanya setakat ini terdapat seramai 19 penghuni di tersebut yang mana dua orang daripadanya adalah bangsa India.

“Kita minta mereka semua untuk terus mempelajari seni warisan dondang sayang ini.

“Pada hari ini iuga kita memberi anguerah cemerlang kepada pelajar-pelajar ini di samping memperkenalkan dondang sayang kepada mereka,” katanya lagi.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan JKKN Mesran Mohd Yusop dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Burhanuddin Bachik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1641
Kongsi :
Previous post BERSATU sokong Sulaiman sebagai KM Melaka
Next post Sulaiman santuni masyarakat Ayer Merbau
Ubah saiz-+=