Peruntukan RM177,636 caruman buat pengayuh beca, pemandu teksi

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 18 Ogos – Kerajaan Negeri Melaka bersetuju menaja caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada 325 pengayuh beca daripada empat persatuan beca dan 805 pemandu teksi di seluruh negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, ia melibatkan peruntukan sebanyak RM177,636 bagi caruman Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi tempoh setahun.

“Caruman itu bagi pelan satu, skim tersebut dengan jumlah caruman sebanyak RM157.20 seorang.

“Ini bukti keprihatinan kerajaan negeri terhadap golongan pengayuh beca dan pemandu teksi rata-ratanya daripada golongan berpendapatan rendah atau B40 yang terdedah kepada bencana kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Penjana Kerjaya Perkeso ‘Melaka Careertrans 2020’ di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Jelasnya, caruman SKSPS itu bagi memberi perlindungan keselamatan sosial kepada golongan terlibat serta tanggungan mereka jika berlaku sebarang musibah berkaitan pekerjaan mereka.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Jamil Rakon; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ar. Ismail Othman.

Views:

292
Kongsi :
Previous post Isu Bukit St Paul: ISMA harap nama Bukit Melaka dikembalikan
Next post 25 ahli PVATM terima sumbangan
Ubah saiz-+=