
PGA8 rampas tembakau bernilai lebih RM600,000 di Kota Bharu
KOTA BHARU, 18 Mei – Sebanyak 4,050 kilogram (kg) tembakau bernilai RM607,500 dirampas dalam serbuan oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) di sebuah stor di Kampung Chempaka di sini, petang semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Abu Hasan Ahmad Safar berkata serbuan dilakukan selepas anggota risik pasukan itu menerima maklumat dan membuat pemerhatian di kawasan disyaki.
Beliau berkata selepas pemerhatian selama 30 minit dilakukan dan didapati tiada sesiapa yang muncul, anggota PGA8 bertindak memecahkan stor untuk pemeriksaan.
“Setelah pintu stor dapat dibuka anggota PGA8 telah masuk ke dalam stor dan telah menjumpai 405 bungkusan tembakau yang setiap satunya seberat 10 kg dipercayai diseludup dari negara jiran.
“Kesemua bungkusan tembakau itu kemudiannya dirampas kerana tiada siapa datang menuntut dan dibawa balik ke Balai Polis Kubang Kerian untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kesemua tembakau itu telah diserahkan kepada pihak Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) untuk siasatan lanjut mengikut Sekyen 52 (1) Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RM21.5 JUTA PERKASA KESEJAHTERAAN WARGA EMAS, OKU, KANAK-KANAK
TANJUNG BIDARA 17 September - Sebanyak 12 inisiatif membabitkan peruntukan berjumlah RM21.5 juta diluluskan sepanjang tahun ini bagi memperkasa aspek...
‘ITU PARTI DIA, SAYA JAGA KEPENTINGAN PARTI SAYA’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap parti bebas menyuarakan hasrat untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada...
SUKARELAWAN PARAKOM PERLU KUASAI KEMAHIRAN TANGANI SITUASI CEMAS
TANJUNG BIDARA 17 September - Sukarelawan yang mengikuti Kursus Tahap 2 Paramedik Komuniti (PARAKOM) bukan sahaja perlu mahir memberikan rawatan...
TOK RAUF PESAN JANGAN BIAR ‘AI’ ASUH HIDUP ANAK-ANAK
TANJUNG BIDARA 17 September - Generasi muda perlu dididik untuk menguasai kecerdasan buatan (AI), bukannya membiarkan teknologi itu mengambil alih...
LEBIH RM7.5 JUTA MANFAATKAN 5,775 PENERIMA BANTUAN MESRA KEBAJIKAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri telah menyalurkan sebanyak RM7.53 juta menerusi pelbagai jenis bantuan yang memberikan manfaat buat...
WARGA EMAS, ANAK AUTISME ANTARA AGENDA KEBAJIKAN KERAJAAN NEGERI
TANJUNG BIDARA 17 September - Warga emas dan anak-anak autisme antara kumpulan diberi perhatian menerusi agenda kebajikan apabila lebih RM98.78...


