Pidato Piala TYT 2022 sengit

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 15 September – Pertandingan Pidato Rukun Negara Sebagai Prinsip Perpaduan dan Kestabilan Rakyat Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Negeri Melaka memasuki tahun ketiga kali ini menampilkan peserta yang semakin matang.

Pemidato kategori bukan Melayu, Haw Wai Kiat, 22, berkata, meskipun dinobatkan sebagai naib johan tahun lalu, kali ini dia sekadar meraih tempat keempat, sekali gus menunjukkan persaingan yang amat sengit.

Penuntut tahun empat, Institut Pendidian Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang itu sanggup memandu dari Rawang, Selangor selepas tersenarai sebagai antara 30 peserta layak ke peringkat akhir.

photo1663232537
HAW Wai Kiat membuat persembahan kategori Institut Bukan Melayu sempena Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka di MITC Ayer Keroh, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Lebih 1,000 penyertaan pelbagai kategori, peserta pula semakin matang menjadikan saingan tahun ini sangat sengit, namun saya tetap berikan yang terbaik untuk menjadi antara yang terbaik.

“Kita perlu fahami prinsip rukun negara secara mendalam, mesti dipatuhi dan dihormati seluruh rakyat Malaysia. Saya percaya ramai anak Malaysia hanya menghafal Rukun Negara namun mereka tidak memahami erti dan kandungannya,” katanya ketika ditemui pada pertandingan itu yang diadakan di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Sementara itu, Guru Pengiring Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Syed Ahmad Shahabudin, Mohd Zulqarnain Abdul Rahman berasa amat bersukur selepas anak didiknya terpilih ke peringkat akhir pertandingan itu.

“Alhamdulillah, tahun ini SK Tun Syed Ahmad Shahabudin paling banyak hantar penyertaan dan akhirnya dipilih sebagai ‘Top 10’ daripada lebih 300 sekolah seluruh negara. Pembabitan murid amat penting untuk membina keyakinan mereka dalam pengucapan awam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2397
Kongsi :
Previous post JKN sasar 30,000 orang Melaka jalani saringan kesihatan
Next post SMA Al Ehya El Karim juara keseluruhan Pidato Piala TYT
Ubah saiz-+=