Pidato Rukun Negara Piala TYT Melaka tawar hadiah bernilai RM33,500

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 13 Mei – Institut Tun Perak (ITP) menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM33,500 bagi Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka 2024.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, menariknya pada pertandingan edisi tahun ini turut diperkenalkan tiga anugerah khas kepada pemidato.

“Tiga anugerah itu adalah Pemidato Terbaik Piala Menteri Perpaduan, Persembahan Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

“Dengan adanya anugerah ini, kita akan dapat mencapai sasaran seramai 3,500 penyertaan tahun ini dengan hadiah keseluruhan ditawarkan sebanyak RM33,500.

“Ini tahun kelima pertandingan diadakan membabitkan lima kategori iaitu sekolah rendah, sekolah menengah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), bukan Melayu dan awam,” katanya pada sidang media di Blok Bendahara, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif ITP, Prof Dr. Mohamad Ainudin Iskandar Lee Abdullah.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata, pertandingan yang memasuki edisi kelima it ini memberi pendedahan kepada masyarakat dan generasi muda agar memahami peranan Rukun Negara sebagai asas penyatuan dan jati diri rakyat Malaysia.

“Ini juga salah satu inisiatif bagi menyemai dan meningkatkan kefahaman rakyat terhadap prinsip Rukun Negara walau di mana mereka berada,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

66
Kongsi :
Previous post Ubah sikap, mentaliti kelas ketiga
Next post Siasat punca Limbongan ‘dilanggar’ sampah
Ubah saiz-+=