
Pilihan raya tergempar jalan terbaik selesai isu politik – Mahdzir Khalid
KUALA NERANG 22 Jun – Pilihan Raya Umum (PRU) tergempar adalah langkah penyelesaian terbaik terutama dalam meredakan isu-isu politik ketika ini terutamanya berhubung perbezaan jumlah Ahli Parlimen antara kerajaan dan pembangkang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid.
“Sekarang ini banyak timbul persoalan, ahli Parlimen kerajaan berapa, ahli Parlimen pembangkang berapa, jadi pilihan raya ini perlu diadakan agar kita dapat satu kerajaan yang solid dari segi sokongan ahli Parlimen.
“Saya sebagai Ahli Parlimen Padang Terap juga memberi sokongan yang penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Mahdzir turut menyokong kenyataan rakan sejawatnya dalam Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini dilaporkan mencadang agar Parlimen dibubar bagi membolehkan PRU-15 diadakan segera.
Dalam satu temubual dengan akhbar tempatan Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, pilihan raya adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara dengan memulangkan semula kepada rakyat untuk membuat keputusan.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...


