PKNM sentuh hati orang Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

LENDU 12 November – Program Sentuhan Aspirasi PKNM Bersama #Keluarga Malaysia Tahun 2022 membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mempromosikan produk jualan mereka kepada orang ramai.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, program itu juga secara tidak langsung menjadi penghubung antara rakyat, pemimpin kerajaan dan agensi terbabit dalam melaksanakan pembangunan ekonomi Negeri Melaka.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, program itu adalah kesinambungan daripada siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) berlangsung di negeri ini Oktober lalu.

“Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika manghadiri JAKM di Melaka pada 14 Oktober lalu mahu program ini dijalankan hingga ke peringkat akar umbi.

“Hari ini kita kumpulkan sebahagian daripada usahawan PKS tempatan dan beri peluang kepada mereka untuk pamerkan produk mereka kepada rakyat,” katanya ketika berucap berucap merasmikan Program Sentuhan Aspirasi PKNM Bersama #Keluarga Malaysia Tahun 2022 di Dewan Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama Lembaga Pengarah PKNM Datuk Mohamad Azmi Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM Datuk Mashitah Ismail, Adun Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin dan Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri (CMI) Masrul Faizal Mohamad.

Program itu menawarkan jualan pelbagai jenis produk termasuk barangan keperluan harian seperti telur dan ayam pada harga menarik.

Turut diatur adalah aktiviti untuk orang ramai termasuk anak muda seperti PKNM SenamSihat dam pemeriksaan kesihatan percuma selain pameran daripada pelbagai agensi Kerajaan Negeri.Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2750
Kongsi :
Previous post Melaka bangunkan 1,277 unit rumah penjawat awam
Next post Ledakan Revolusi Industri 4.0 perjuangan Ah Kon
Ubah saiz-+=