PKP penuh: Selangor bukan negeri parah- Dr Dzulkefly

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

SELANGOR 19 Mei. – Selangor bukan negeri yang parah bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya di negeri itu biarpun kes penularan pandemik COVID-19 direkodkan semakin meningkat.

Pengerusi Selangor Task Force COVID-19 Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Majlis Keselamatan Negara dan Kerajaan Persekutuan perlu menilai semula setiap aspek penularan di Selangor sebelum menguatkuasakan PKP sepenuhnya di negeri itu.

Jelasnya, biarpun Selangor mencatat kes tertinggi berbanding negeri lain, namun perbezaan itu juga perlu dinilai berdasarkan keluasan kedudukan negeri, jumlah kepadatan penduduk dan nilai kebolehkangkitan yang direkodkan sepanjang penularan itu berlaku.

“Jika ingin diambil dari sudut angka, Selangor bukan negeri yang parah kerana angka yang meningkat ini perlu dinilai juga dengan kepadatan penduduk.

“Kita merekodkan 1.9 juta isi rumah di negeri ini dengan nilai 3.49 juta penduduk bekerja di Selangor malah 3.59 juta penduduk merupakan pekerja buruh direkodkan di negeri ini.

“Jika dilihat kadar kebolehjangkitan pula Selangor antara enam negeri terendah dengan kadar 1.14 berbanding di Pahang (1.26), Kedah (1.24), Perak (1.22) serta pelbagai lagi,” katanya dalam sidang media bersama EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan memperhalui pelbagai faktor sebelum melaksanakan PKP sepenuhnya di Selangor.

“Total Lockdown ini perlu juga melihat kepada impak ekonomi sepanjang penularan ini berlaku kerana kita mahu kurangkan derita rakyat dalam meneruskan kehidupan sepanjang situasi ini,” katanya.

Sementara itu, bagi memutuskan rantaian COVID-19 berikutan pertambahan kluster baharu di Selangor, Siti Mariah berkata, kerajaan negeri bekerjasama dengan industri terlibat bagi membeli bekalan dos vaksin untuk diberikan kepada pekerja industri di negeri itu.

Jelasnya, sebanyak sejuta dos vaksin akan dibekalkan dan dibeli oleh majikan yang bersetuju di negeri itu bagi memutuskan wabak bawaan industri yang menjadi punca utama penularan di Selangor.

“Kira-kira 3,500 majikan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri akan memberi vaksin kepada pekerja mereka bagi memastikan pergerakan ekonomi industri yang menjadi penyumbang utama terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor dapat dikawal,” katanya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

546
Kongsi :
Previous post Penjawat awam tular di TikTok sokong Israel, dicekup polis
Next post PKRC awam pertama di Melaka dibuka di MITC
Ubah saiz-+=