Sorting by

×

PKPB seluruh Semenanjung kecuali Pahang, Kelantan, Perlis dan Sarawak

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan, berkuatkuasa selama empat minggu bermula 9 Nov hingga 6 Dis depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkataĀ penguatkuasaan PKPB itu, dilaksanakan selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan mendengarĀ pembentanganĀ Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung peningkatan kes positif COVID-19, di beberapa negeri di Semenanjung.

ā€œPelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti, di samping untuk mengekang penularan COVID-19 di negeri-negeri ini,ā€Ā katanya pada sidang media perkembanganĀ Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama 4 minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020 – DS Ismail Sabri Yaakob

Susulan daripadaĀ langkah itu, Ismail Sabri berkataĀ PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah, yang sepatutnya tamatĀ pada 9 Nov ini jugaĀ akan bersambungĀ serentakĀ dengan penguatkuasaan PKPB di tujuh negeri lain di Semenanjung.

Beliau berkata, SOP bagi PKPBĀ berkenaan adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini antaranya pergerakan merentas daerah, negeri tidak dibenarkan kecuali kes-kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran daripada polis.

–BERNAMA

Views:

670
Kongsi :
Previous post Pelihara sumber laut
Next post Pendekatan PKPB sebelum keadaan lebih parah – PM