PKPD Penjara Sungai Udang dilanjutkan hingga 20 Julai – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR 5 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Sungai Udang (kecuali kuarters penjara), dilanjutkan bermula 7 hingga 20 Julai ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penularan masih berlaku dalam komuniti terbabit.
Katanya, selain itu terdapat kes baharu di rekodkan di lokaliti itu serta masih banyak sampel ujian menunggu keputusan.
“Sehingga kini KKM sudah melakukan 1,702 ujian saringan dan 842 daripadanya disahkan positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan mengenai
Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini.
Ismail Sabri berkata, PKPD di kawasan itu sepatutnya ditamatkan pada esok, namun setelah membuat penilaian risiko bersama bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju melanjutkannya dari 7 hingga 20 Julai ini.
Beliau berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti
COVID-19 kekal berada dalam kawasan.
“Katanya, SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang
MKN di www.mkn.gov.my,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...