
PKPD Penjara Sungai Udang tamat esok
KUALA LUMPUR 1 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Sungai Udang dan Kuarters Kakitangan Melaka Tengah yang dilaksanakan sejak 3 Februari lalu bakal ditamatkan esok.
Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 hari ini memaklumkan penamatan PKPD itu dilakukan setelah mengambil kira penilaian risiko yang dilakukan bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan serta tiada lagi penularan kes dalam kalangan tahanan dan kakitangan.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Penjara Sungai Udang dan Kuarters Kakitangan Melaka Tengah pada 2 Mac 2021 (esok) seperti yang dijadualkan,” katanya.
Untuk rekod, sejak mencatat kes pertama awal bulan lalu, KKM telah melaksanakan 1,701 ujian saringan membabitkan kakitangan dan tahanan di penjara serta kuarters terbabit.
Daripada jumlah saringan itu, secara kumulatif sebanyak 388 kes positof COVID-19 telah direkodkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
59 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN DI TAPAK PEMBINAAN
BUKIT KATIL 12 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan 59 warga asing dalam serbuan Ops Kutip di tapak...
JELAJAH KETUA MENTERI: KREATIVITI ADUN SERLAH KEUNIKAN SETIAP DUN
REMBIA 12 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang kini sudah menjelajah 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) terus mencapai...
DATARAN NIAGA BAHARU JADI HAB KUIH TRADISIONAL TELOK MAS
TELOK MAS 12 Ogos - Satu dataran niaga baharu sedang dibangunkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah...
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos – Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...
