
PKPD seluruh daerah Seremban berkuat kuasa 9 Julai
KUALA LUMPUR 7 Julai – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan berkuat kuasa 9 hingga 22 Julai ini.
PKPD dilaksanakan di lapan mukim iaitu Ampangan, Labu, Lenggeng, Pantai, Rantau, Rasah, Seremban dan Setul.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati daerah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 5,504 kes setakat 4 Julai.
“Kes aktif telahpun direkodkan di lokaliti itu, pada masa sama KKM juga mengesahkan penularan kes masih berlaku dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini sekali gus memerlukan kaedah pemutusan jangkitan dengan segera.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, PKPD dilaksanakan mengikut tempoh tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, hari ini.
Ujarnya, pelaksanaan PKPD tersebut untuk mengawal pergerakan penduduk di kesemua mukim yang terlibat serta mengekang penularan COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
59 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN DI TAPAK PEMBINAAN
BUKIT KATIL 12 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan 59 warga asing dalam serbuan Ops Kutip di tapak...
JELAJAH KETUA MENTERI: KREATIVITI ADUN SERLAH KEUNIKAN SETIAP DUN
REMBIA 12 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang kini sudah menjelajah 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) terus mencapai...
DATARAN NIAGA BAHARU JADI HAB KUIH TRADISIONAL TELOK MAS
TELOK MAS 12 Ogos - Satu dataran niaga baharu sedang dibangunkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah...
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos – Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...

