
PM umum pakej bantuan rakyat 5 petang ini
KUALA LUMPUR 28 Jun – Perdana Menteri, akan mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada jam 5 petang ini.
Perkara itu dimaklumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi.
Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen RTM, Bernama, TV3, Astro Awani dan Al Hijrah.
Semalam, Muhyiddin dilaporkan akan mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif di bawah Fasa (Pertama) Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada hari ini atau esok
Bantuan tersebut katanya merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Perdana Menteri berkata, bantuan kali ini juga akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas, secara lebih komprehensif berbanding sebelum ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR BANDA HILIR: MBMB NAIK TARAF 4 LIF PANGSAPURI UZUR
BANDA HILIR 4 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan terus meneliti keperluan menaik taraf fasiliti pangsapuri lama di...
REMAN SUSPEK KES PEMBUNUHAN MAYAT REPUT DALAM TILAM DISAMBUNG TUJUH HARI LAGI
MELAKA 4 Jun - Suspek kes pembunuhan melibatkan penemuan mayat reput di dalam balutan tilam dengan tangan terikat di sebuah...
ABDUL HALIM DILANTIK SEMULA MUFTI MELAKA
SERI NEGERI 4 Jun - Datuk Wira Abdul Halim Tawil dilantik semula sebagai Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Ia selepas beliau...
PENDUDUK LEGA, KEMELUT GANGGUAN BEKALAN AIR SELESAI
PENGKALAN BATU 4 Jun - Kira-kira 100 penghuni Blok B, Rumah Pangsa Batu Berendam, di sini, dapat menarik nafas lega...
MEDIPULIH LANCAR KAD RAHMAH, PERLUAS AKSES KESIHATAN MAMPU MILIK
AYER KEROH 4 Jun - MediPulih Melaka memperluas akses kesihatan mampu milik menerusi pelancaran Kad Rahmah pada Grand Opening MediPulih...
TEMPOH PERCUBAAN ‘GO STRAIGHT’ DI PERSIMPANGAN HICOM PEGOH, JALAN TUN ABDUL RAZAK
AYER KEROH 4 Jun - Tempoh percubaan bagi inisiatif 'Go Straight' dilaksanakan diPersimpangan Hicom-Pegoh dan Jalan Tun Abdul Razak -...

