
POLIS BERKAS EMPAT LELAKI DISYAKI TERLIBAT KEGIATAN SAMUN DI SERI ISKANDAR
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata keempat-empat suspek yang berusia antara 27 tahun hingga 35 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Perak Tengah, pada kira-kira 11.40 malam tadi.
Beliau berkata laporan polis telah dibuat oleh pengadu pada 10.06 pagi, semalam di Balai Polis Seri Iskandar.
“Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Dis untuk siasatan lanjut,” katanya menambah kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Justeru, beliau berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah berkenaan diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Perak Tengah Insp Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: GERAK KERJA BN DI TELOK MAS SUDAH BERMULA AWAL
TELOK MAS 1 November - Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas...
TEKNOLOGI HIBRID BUKA DIMENSI BAHARU INDUSTRI AUTOMOTIF MELAKA
TABOH NANING 2 November - Pemasangan dua model kenderaan hibrid baharu di Pegoh menjadi satu lagi perkembangan dalam usaha memperkukuh...
PRN MELAKA: RAIS ZIARAH SENIMAN DONDANG SAYANG UZUR
SUNGAI UDANG 2 November - Pernah menghiburkan masyarakat menerusi alunan Dondang Sayang dan keistimewaan berpantun secara spontan, namun kini seorang...
DALAM DIAM TOK RAUF, YB ROSLI BANTU RINGANKAN BEBAN NELAYAN
KUALA LINGGI 2 November - Dalam diam penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah turut memainkan...
MELAKA SUDAH SEDIA 195 STESEN PENGECAS EV
GADEK 2 November - Sebanyak 195 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di 95 lokasi telah disediakan di seluruh Melaka setakat...
NILAI BERDASARKAN PRESTASI, TERUSKAN KESINAMBUNGAN KEHARMONIAN DI MELAKA
TABOH NANING 2 November - Rakyat Melaka diberi mandat untuk menentukan calon bagi mewakili mereka selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)...
