
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April – Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai bunga di Jenjarom, Kuala Langat semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat DSP Mohd Sufian Amin berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita pada 4.50 petang yang mendakwa disamun ketika bersama anaknya di kedai bunga berkenaan sekitar pukul 1.30 tengah hari.
Menurut laporan, mangsa didatangi sekumpulan lelaki yang disyaki warga tempatan menggunakan sebuah kereta Proton Saga berwarna putih dalam keadaan kepala bertutup dan bersenjatakan parang.
“Lelaki berkenaan mengacukan parang kepada mangsa sebelum meragut rantai emas pada leher pengadu yang dianggarkan bernilai RM4,000 sebelum melarikan diri,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Sufian berkata mangsa dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASJID AL-JAWAHIR, WARISAN 115 TAHUN YANG TERUS DIIIMARAH
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Berdiri sejak 1911, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak bukan sekadar menjadi tempat ibadah masyarakat setempat, malah...
7 TAHUN DALAM ‘GELAP’, HAMDAN RINDU KEMBALI BEKERJA
KOTA LAKSAMANA 3 Oktober - "Meskipun tahu mata saya mungkin tidak akan pulih sepenuhnya, harapan saya cuma satu, untuk terus...
ZOO MELAKA ADA ‘BOARDWALK’ BAHARU, PENGUNJUNG LEBIH SELESA
AYER KEROH 3 Oktober - Laluan pejalan kaki atau 'boardwalk' sepanjang kira-kira 800 meter di Zoo Melaka kini dinaik taraf...
MAIM NAFI PREMIS PANEL NAIKKAN HARGA BARANG BANTUAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menafikan dakwaan premis panelnya mengenakan harga jualan tinggi kepada penerima...
RESTORAN ARAB ‘KANTOI’ SOROK 230KG MINYAK MASAK SUBSIDI DALAM TIMBUNAN SAMPAH
PENGKALAN BATU 2 Oktober - Taktik sebuah restoran makanan Arab menyembunyikan kira-kira 230 kilogram minyak masak bersubsidi di sebalik timbunan...
JEMAAH LEBIH SELESA TUNAI IBADAH, TERIMA KASIH TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Selepas hampir setahun ditutup akibat masalah kebocoran serius, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak, kini kembali dibuka...
