
POLIS JEMPOL MINTA BANTUAN KESAN WARGA EMAS HILANG HAMPIR TIGA BULAN LEPAS
SEREMBAN 7 Januari – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Felda Lui Timur, Jempol sejak 10 Okt lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan T’ng Kwi Soon @ Abdul Rahim Abdullah, 80, daripada adik iparnya yang juga peneroka berusia 65 tahun pada 9.54 pagi, 18 Okt lepas.
“Orang Hilang (OH) dianggarkan berketinggian 165 sentimeter, berbadan sederhana, berkulit putih, berambut hitam pendek dan pakaian terakhirnya sebelum hilang adalah berkemeja lengan panjang serta berseluar panjang warna krim.
“OH yang tidak bekerja itu sebelum ini dilaporkan pernah hilang tetapi kembali semula ke rumah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai warga emas itu diminta menghubungi Balai Polis Sungai Lui di talian 06-4692222. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM ANJUR KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK ASNAF ALOR GAJAH
AYER KEROH 12 November - Seramai 50 anak asnaf di daerah Alor Gajah berpeluang mengikuti khatan secara percuma menerusi Program...
MISI ‘ALONG’ BELUM SELESAI DI ASAHAN
ASAHAN 12 November - Menyelesaikan isu infrastruktur, memperjuangkan pemilikan kediaman generasi kedua FELCRA, meningkatkan kemudahan perumahan serta memperkukuh pendidikan menjadi...
336 PENYERTAAN BUKTI POTENSI ANAK MUDA DALAM DUNIA DATA
BANDARAYA MELAKA 12 November - Minat generasi muda terhadap dunia data dan kreativiti semakin terserlah apabila Pertandingan Video Penceritaan Data...
PRN MELAKA: MELAKA PERLU JADI PENCETUS GELOMBANG BN-PN KE PUTRAJAYA – AHMAD MARZUK
SERKAM 12 November - Melaka perlu menjadi pencetus kepada gelombang kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat...
PRN MELAKA: ‘TEKAD KELUARGA REMBIA’ JADI TAWARAN AZRIL
REMBIA 12 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz...
KECELARUAN POLITIK SEMASA, PELUANG CERAH BN-PN MENANG LEBIH 21 KERUSI DI MELAKA
TABOH NANING 12 November – Kecelaruan politik di peringkat Persekutuan ketika ini dilihat mampu membuka ruang lebih luas kepada Barisan...
