
Polis kenal pasti pemilik akaun media sosial berhubung kejadian simbah asid
KUALA LUMPUR 8 Mei (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh berhubung kenyataannya mengenai kejadian simbah asid pemain skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu berkenaan mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal.
“Kita menyiasat daripada semua sudut bagi menentukan motif yang jelas. Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil bukan mengeluarkan kenyataan sehingga menjejaskan siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, berhubung suspek yang direman semalam, beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan.
Razarudin turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.
Terdahulu, seorang pemilik laman sosial Instagram mendakwa dia telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes membabitkan Faisal.
Dia mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut daripada mendedahkan kejadian sebenar yang menimpa pemain berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
57 DITANGKAP TAK PUASA DI MELAKA
BEMBAN 13 Mac – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) setakat ini merekodkan 141 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang Ramadan tahun...
BUANG SAMPAH: 85 TERMASUK REMAJA DI MELAKA BAKAL JALANI KHIDMAT MASYARAKAT
KLEBANG 13 Mac - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka telah mengenal pasti 85 individu di negeri...
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HAKEEM, TEHEL
BEMBAN 13 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Masjid Al-Hakeem, Tehel sempena...
POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PATI KE MELAKA, LAPAN DITAHAN
TELOK MAS 13 Mac - Cubaan menyeludup masuk lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut tidak kesampaian selepas...
25,000 EKOR AYAM SEGAR MURAH UNTUK ORANG MASJID TANAH
LENDU 13 Mac - Umat Islam di semua lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah berpeluang mendapatkan ayam...
MELAKA SEDIA RM400,000 UNTUK SUMBANGAN AIDILFITRI 2026
LENDU 13 Mac - Sebanyak RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meraikan umat Islam kurang berkemampuan...
