
Polis kesan lelaki tikam peniaga makanan di Ipoh
IPOH, 3 Dis — Polis giat mengesan seorang lelaki disyaki menikam peniaga makanan di sebuah restoran di Taman Cemerlang Rapat di sini, seperti yang tular menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6 pagi semalam, mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut akibat ditikam dengan menggunakan senjata pisau oleh suspek yang merupakan pelanggan lelaki tidak dikenali.
“Mangsa yang berusia 44 tahun menjalankan perniagaan makanan mi di restoran itu. Mangsa berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata pisau.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu katanya, diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh melalui talian 05-254 2222.
Menerusi beberapa rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang tular dalam media sosial, suspek dilihat berbual dengan mangsa sebelum bertindak menikam perut mangsa dan melarikan diri.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
10,000 GEGAR PANTAI KLEBANG
KLEBANG 2 Mei - Dianggarkan lebih 10,000 pengunjung dalam dan luar negara membanjiri Pantai Klebang, di sini, bagi memeriahkan penganjuran...
MELAKA TAMPIL BERBEZA, ANGKAT ROH DAN JIWA WARISAN BUDAYA
KLEBANG 2 Mei - Melaka tampil berbeza apabola mengangkat ‘roh’ dan jiwa warisan budaya sebagai konsep penganjuran Melaka Water Music...
AYAM KAMPUNG SAGA: DARI HOBI JADI LUBUK REZEKI
GADEK 2 Mei - Bermula sekadar hobi seorang penternak wanita kini mampu menjana pendapatan sehingga mencecah RM7,000 sebulan hasil daripada...
REHDA MELAKA KOMITED PASTIKAN SEKTOR HARTANAH TERUS MAMPAN
AYER KEROH 2 Mei – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Melaka komited untuk memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam...
1,000 AIR KELAPA PERCUMA UNTUK PENGUNJUNG MELAKA RIVER CRUISE MALAM INI
DUYONG 2 Mei - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan 1,000 air kelapa pandan percuma menerusi tawaran istimewa...
WRUR AYER KEROH: MPHTJ PERUNTUK RM20,000 BAIK PULIH KEDIAMAN UZUR
AYER KEROH 2 Mei - Inisiatif baik pulih kediaman penduduk dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dianggap sebagai satu...
