Polis Melaka tanam cili guna IoT

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 8 Februari – Projek tanaman cili Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Melaka wajar diperluaskan ke semua balai polis di negeri ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Abu Samah berkata, projek tanaman cili fertigasi Perkep Kontinjen Melaka itu mula dilaksanakan 25 November lalu membabitkan 500 polibeg.

Zainol berkata tanaman cili tidak memerlukan masa yang lama dan boleh dipetik selepas dua bulan ditanam.

“Saya percaya projek ini dapat dijadikan perintis yang bukan berorientasikan keuntungan, tetapi memberi pendidikan dan pengetahuan kepada keluarga polis bagaimana cara untuk menanam cili.

“Selain pengetahuan peserta terbabit dalam projek ini juga memperoleh sedikit hasil daripada tanaman mereka usahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Tanaman Cili Kaedah Internet of Things (IoT) Kontinjen Melaka di Dewan Parameswara Mes Pegawai Kanan IPK, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Perkep Kontinjen Melaka, Datin Sabariah Hashim; Pengarah Urusan Yoshi Agro Global Sdn Bhd, L.Yogeswaran; Ketua Jabatan Pengurusan Melaka merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Program Pelancaran Tanaman Cili Kaedah IoT Kontinjen Melaka, Superintendan Datin Aniesa Hanum Ahamad dan lain-lain Ketua Jabatan.

“Teknologi IoT ini dapat menjimatkan masa dan tenaga, malah kaedah ini tidak memerlukan bajet besar. Hasil tanaman juga sangat bermutu kerana teknik pembajaan dan penyiraman saintifik menggunakan internet,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1772
Kongsi :
Previous post Cari penyelesaian kesesakan di bulatan Dataran Klebang
Next post Kursus Induksi SLDN tingkatkan Kualiti usahawan Melaka
Ubah saiz-+=