Polis tahan empat suspek, rampas RM40,000 syabu

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 20 Nov – Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar bandar ini, serta merampas dadah jenis methamphetamine bernilai lebih RM40,000.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sejak 27 Oktober dan berakhir semalam serta menahan semua suspek berusia lingkungan usia 20an.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, dalam serbuan pertama di perhentian bas berhampiran Zoo Melaka sebelum merampas dua paket plastik lutsinar berisi dadah dipercayai jenis methamphetamine seberat 517 gram.

Katanya, penahanan kedua membabitkan suspek wanita yang diberkas di tepi jalan Paya Rumput kelmarin sebelum merampas satu paket plastk lutsinar dipercayai berisi dadah jenis sama seberat 6.88 gram.

“Susulan daripada tangkapan kedua-dua supek itu membawa kepada penahanan dua lagi suspek lelaki masing-masing berusia 22 dan 23 tahun di kawasan Taman Ayer Keroh Height pada jam 12.15 tengah malam semalam.

“Dalam serbuan itu, turut ditemui dadah dipercayai jenis methamphetamine seberat 0.97 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM40,000.

“Turut dirampas, dua buah kereta jenis PROTON Wira dan Nissan Grand Livina, yang keseluruhannya bernilai RM40,000,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat di IPK negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata suspek wanita yang ditahan kelmarin direman empat hari sehingga Ahad manakala dua suspek lelaki yang ditahan semalam direman tujuh hari sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut,

Katanya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukumam mati jika disabitkan kesalahan.

Views:

723
Kongsi :
Previous post PKPB Melaka tamat esok
Next post Terima kasih SMK Munshi Abdullah
Ubah saiz-+=