
Polis tahan lelaki ceroboh balai dan cuba rampas senjata api
GEORGE TOWN, 19 Mei – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun selepas disyaki menceroboh Balai Polis Dato’ Keramat di sini dan cuba merampas senjata api milik anggota sentri dalam kejadian awal pagi tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol itu datang ke balai berkenaan pada kira-kira 4 pagi dan menyuruh anggota bertugas membuka pintu pagar sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
“Anggota itu memberi amaran dan menasihati suspek untuk beredar meninggalkan kawasan balai namun suspek tidak menghiraukan nasihat serta amaran yang diberikan.
“Sebaliknya, suspek terus menghampiri anggota bertugas dan cuba merampas senjata jenis HK MP5 daripada anggota berkenaan tetapi berjaya dihalang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamzah berkata suspek kemudian cuba menyerang anggota terbabit dengan topi keledar sehingga berlaku pergelutan sebelum suspek ditahan.
Suspek didapati mempunyai empat rekod lampau iaitu dua kes berkaitan jenayah dan dua lagi melibatkan dadah manakala hasil ujian air kencing negatif dadah.
Beliau berkata suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun sama serta Sekysen 90 Akta Polis 1967.- BERNAMALanggani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
BISKUT TONGKAT BUKIT BULAT LAIN DARIPADA YANG LAIN
MACHAP JAYA 24 Mei - Rasanya yang lebih rangup dan tidak perlu mengambil masa lama untuk lembut apabila dicicah dengan...
ZIARAH KASIH JADI RUTIN ‘AH SEM’
MACHAP JAYA 24 Mei - Nasib rakyat memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus terbela menerusi inisiatif...
MELAKA JADI TUMPUAN GENG ‘BASIKAL LIPAT’
BANDA HILIR 24 Mei - Seramai 616 pemilik basikal lipat berhimpun di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, bagi memeriahkan...

