Tabika Kemas Taman Krubong Jaya bakal dibina 2025

Masa Membaca:58 Saat

PAYA RUMPUT 20 Mei – Sebuah Taman Bimbingan Kanak Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Taman Krubong Jaya bakal dibina pada tahun hadapan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, tabika tersebut bakal dibina diatas tapak bersebelahan dewan serbaguna Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di taman tersebut.

Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput berkata tabika itu bakal dilengkapi dua buah kelas yang mampu menampung sehingga 50 murid.

“Saya dimaklumkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan peruntukan pembinaan baharu tabika ini namun saya belum dimaklumkan lagi nilai peruntukannya.

“Pembinaan tabika baharu ini bakal memberi manfaat kepada ribuan penduduk sekitar Taman Krubong Jaya. Lebih menarik lagi, tabika tersebut turut direncanakan akan menjalankan program Pra Tahfiz.

“Difahamkan proses sebut harga pembinaan masih belum dibuka, saya berharap tabika ini dapat disiapkan segera sekurang-kurangnya pada tahun hadapan atau mungkin awal 2026 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) @ Komuniti MADANI Daerah Melaka Tengah di Surau Al-Falah, Taman Krobong Jaya, di sini, semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

144
Kongsi :
Previous post Polis tahan lelaki ceroboh balai dan cuba rampas senjata api
Next post Hobi ‘mahal’ beli zaman kanak-kanak
Ubah saiz-+=