
POLIS TAHAN LIMA WARGA AFRIKA TERLIBAT “LOVE SCAM” DI NILAI
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 30-an hingga 40-an, ditahan pada 1.50 tengah hari.
“Semasa serbuan, seorang suspek cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga dan mengalami patah tulang rusuk,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Abdul Malik berkata sindiket itu menyasarkan warga tempatan dan luar negara melalui Facebook dengan menggunakan pelbagai profil akaun sejak 2023.
Pada serbuan itu, polis merampas peralatan digunakan suspek termasuk empat komputer riba, 15 telefon bimbit, 11 kad debit pelbagai bank serta masing-masing dua tablet, modem wi-fi dan pemacu USB.
Suspek direman sehingga 1 Sept bagi siasatan mengikut Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
