
Polis tahan suri rumah jual air ketum
ARAU, 3 Jun – Polis menahan seorang suri rumah dipercayai menjadi pengedar air ketum menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah kediaman di sekitar Jalan Tambun Tulang, Kampung Baru Arau semalam.
Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis menjumpai 150 bungkusan plastik dan sembilan botol berpenutup dipercayai mengandungi air ketum di lantai tandas di bahagian dapur rumah.
“Hasil siasatan awal polis mendapati suspek terlibat menjual air ketum dengan harga RM4 sebungkus dan RM10 sebotol di sekitar kawasan Kampung Baru Kepala 10 Tambung Tulang,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Ahmad Mohsin berkata suspek berumur 40 tahun itu dipercayai mula aktif menjual air ketum sejak enam bulan lepas.
Beliau berkata suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 5 Jun.
“Barang rampasan dibawa ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KOMITMEN ‘HIDUPKAN’ SUNGAI MELAKA DIIKTIRAF AIPH WORLD GREEN CITY AWARDS 2026
BANDA HILIR 21 September - Komitmen Melaka terhadap alam sekitar menerusi Projek Pemulihan Pengindahan Sungai Melaka mendapat pengiktirafan AIPH World...
PRN MELAKA: ‘JANGAN RUNDING DALAM MEDIA SOSIAL, KITA BUAT SECARA RASMI’ – AB RAUF
AYER KEROH 21 September - Segala rundingan berhubung kerjasama politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hendaklah dilakukan secara rasmi,...
ENAM KERANGKA MELAKA MEMACU KELESTARIAN ALAM
BANDA HILIR 21 September - Komitmen Kerajaan Negeri untuk melestarikan alam sekitar diperincikan menerusi Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035,...
SUDAH 16 TAHUN BERSARA, ZAID MASIH BERJIWA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 21 September - Sudah 16 tahun bersara sebagai guru, namun semangat mendidik dalam diri Zaid Md Saman, 72,...
MENARA TINJAU GAMIT ‘HIKERS’ TAWAN PUNCAK BUKIT GAPIS
ASAHAN 21 September - Aktiviti mendaki Bukit Gapis atau juga popular dengan panggilan Gunung Melaka kini lebih menarik dengan pembinaan...
TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU
TANJUNG BIDARA 21 September - Tradisi rewang kembali menghidupkan semangat gotong-royong apabila penduduk setempat berganding bahu menyediakan juadah untuk orang...
