
Polis tahan tiga individu, rampas dadah bernilai RM40,540
KUCHING, 7 April – Polis menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Vietnam selepas disyaki memiliki dadah pelbagai jenis bernilai RM40,540 dalam dua serbuan di bandar raya ini, Isnin lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Supt Wong Leong Meng berkata lelaki berkenaan ditahan bersama sejumlah dadah pada kira-kira 2.30 petang.
Beliau berkata hasil maklumat lelaki tersebut, polis menyerbu satu unit kediaman di sebuah pangsapuri pada hari sama lalu menahan dua wanita warga Vietnam berusia 24 dan 33 tahun serta menemukan sejumlah dadah.
“Hasil penahanan ketiga-tiga mereka, polis merampas 58 peket jus campuran serbuk ekstasi dianggar bernilai RM37,700, 13.35 gram ketamin dianggar bernilai RM2,000, 13 biji pil ekstasi dianggar seberat 5.08 gram bernilai RM390 dan 30 biji pil erimin 5 dianggar bernilai RM450,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wong berkata pihaknya turut merampas sebuah kereta Proton, kad akses pangsapuri selain menyita wang berjumlah RM6,220.
Katanya ketiga-tiga mereka kini direman hingga 12 April untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK RAUF MAHU RIDER MELAKA DILINDUNGI CARUMAN PERKESO
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Usaha memastikan pekerja gig seperti penunggang e-hailing dan p-hailing dilindungi menerusi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial...
RIDER MASJID TANAH BAKAL NIKMATI PENJIMATAN ‘SERVIS’ MOTOSIKAL LEBIH 50 PERATUS
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Lebih 600 penunggang e-hailing dan p-hailing dalam Parlimen Masjid Tanah bakal menikmati penjimatan kos penyelenggaraan...
PRN MELAKA: SENARAI CALON BN SUDAH LENGKAP, AKAN DIUMUMKAN BILA-BILA MASA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka sudah melengkapkan senarai nama calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri...
‘KUIH BANTAL, LEPAS MAKAN TERUS RASA NAK TIDUR’
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Bagi mereka baru pertama kali menjamah kuih bantal, pasti menyangka nama yang unik itu adalah...
BUKAN SEKADAR ILMU, MAIM BANTU ANAK ASNAF BINA JARINGAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 16 Oktober - Peluang membina jaringan kenalan baharu menjadi antara manfaat yang ingin diketengahkan menerusi Himpunan Bitara Majlis...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung...

