Gerai di bazar Ramadan antara dikenakan kompaun dalam operasi Jabatan Kesihatan

Masa Membaca:56 Saat

MERLIMAU 7 April – Jabatan Kesihatan Negeri mengeluarkan 18 kompaun bernilai RM10,550 terhadap beberapa premis atas pelbagai kesalahan setakat 6 April.

EXCO Kesihatan Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kompaun itu melibatkan tiga gerai bazar Ramadan, satu kilang ais dan 14 hotel di negeri ini.

“Setakat 6 April kita telah lakukan pemeriksaan terhadap 398 premis makanan di tapak bazar Ramadan, tujuh kilang ais dan dan 27 hotel yang menawarkan bufet Ramadan.

“Mereka yang dikeluarkan kompaun inj bukan hanya atas faktor kebersihan namun melibatkan pelbagai kesalahan mengikutPeraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ‘walkabout’ di Bazar Ramadan Bandar Baru Merlimau di sini, hari ini.

Akmal turut mengingatkan semua pengendali makanan supaya sentiasa mengutamakan aspek kebersihan dan keselamatan.

“Kepada mana-mana individu yang datang ke bazar Ramadan jika ada melihat gerai yang tidak mengamalkan kebersihan boleh maklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Boleh juga maklum kepada pejabat kesihatan daerah supaya kita boleh ambil tindakan, jika mereka (peniaga) masih ingkar kita akan tarik kebenaran untuk berniaga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1536
Kongsi :
Previous post Polis tahan tiga individu, rampas dadah bernilai RM40,540
Next post Panggung Perpatih Melaka promosikan budaya dua adat
Ubah saiz-+=