
POLIS TERIMA 13 LAPORAN BERKAITAN ILUSTRASI JALUR GEMILANG TIDAK LENGKAP
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu berkata siasatan dibuat mengikut Sekyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Ya, kita ada terima laporan polis dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan memanggil individu berkaitan dengan akhbar terbabit bagi mengambil keterangan dalam masa terdekat.
Semalam, sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap dan tindakan itu mendapat reaksi pelbagai pihak.
Berikutan itu, akhbar berkenaan tampil memohon maaf atas kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit pada muka hadapan akhbar terbabit dan menjelaskan ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MALIM UPTOWN LUBUK REZEKI USAHAWAN
KESIDANG 29 Jun – Pembukaan Malim Uptown bakal menjadi satu lagi platform penting dalam memperkasa golongan usahawan dan peniaga kecil...
30 PROGRAM RAKYAT GEGAR WRUR SERKAM
SERKAM 29 Jun - Sebanyak 30 program telah disusun sepanjang penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
PESANAN TOK RAUF JADI AZIMAT BERMAKNA BUAT ANAK MUDA MELAKA
MERLIMAU 29 Jun - Pesanan dan amanat yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada peserta Program...
RENTAK PERAHU NAGA SERLAH MAGIS SUNGAI MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun – Penganjuran Perlumbaan Perahu Naga 2026 terus memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan apabila berjaya menarik...
PERLUMBAAN PERAHU NAGA ANGKAT SUNGAI MELAKA DESTINASI BERPRESTIJ SUKAN AIR
BANDA HILIR 28 Jun - Sungai Melaka terus membuktikan keupayaannya sebagai destinasi berprestij acara sukan air bertaraf antarabangsa apabila berjaya...
INDUSTRI NANAS MELAKA TERUS BERKEMBANG
BANDA HILIR 28 Jun - Industri nanas di Melaka terus mencatat perkembangan memberangsangkan apabila keluasan tanaman komoditi itu meningkat lebih...

