Politeknik Melaka tubuh Sekretariat TVET Negeri Melaka

Masa Membaca:59 Saat

MERLIMAU 5 Mac – Politeknik Melaka menjadi institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) pertama di negeri ini yang menubuhkan Sekretariat TVET .

Pengarahnya Sr. Razali Johari berkata, usaha itu dilaksanakan agar Politeknik Melaka bergerak seiring dengan era Revolusi Perindustrian Keempat yang menjurus kepada penguasaan teknologi.

Katanya bagi mengukuhkan lagi usaha itu pihaknya akan bekerjasama dengan 22 buah institusi kemahiran lain bagi menggerakkan Seketariat TVET untuk pergi lebih jauh.

Jelasnya usaha penubuhan sekretariat TVET turut mendapat perhatian Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin.

“Sepanjang 2021 dan 2022 Politeknik Melaka meraih pencapaian dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan kokurikulum.

“Kadar keboleh pasaran graduan Politeknik Melaka juga pada paras membanggakan iaitu 99 peratus selain sebanyak 86 peratus menamatkan pengajian mengikut masa ditetapkan pada 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang kedua Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka Kali-20, dirasmikan Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, di sini, semalam.

Terdahulu, seramai 801 graduan yang terdiri daripada lulusan lima program iaitu Diploma Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektronik Kawalan, Perniagaan Antarabangsa dan Akauntasi menerima skrol masing-masing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1313
Kongsi :
Previous post Banjir: Hampir 500 mangsa di Melaka dipindahkan
Next post Anugerah Pengarah, hadiah buat ibu dan ayah
Ubah saiz-+=