‘Popeye ajar Ab Rauf tunggang motosikal besar’

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 15 Jun – “Terima kasih sebab dia (Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh) masih ingat saya. Sebelum ini saya pernah kongsi ilmu menunggang motosikal besar kepada beliau,” kata  ‘bikers’ otai Mohd Ismail Ali, 88.

Dia lebih dikenali dengan panggilan ‘Popeye’ dalam kalangan bikers mula berjinak-jinak dalam dunia permotoran sejak berusia 19 tahun dan minatnya terhadap jentera dua roda masih menebal sehingga sekarang.

“Seluruh ‘South East Asia’ (Asia Tenggara), Indonesia saya sudah jelajah, saya dengan Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ini umpama ayah dengan anak, pergi kemana-mana sebelum ini sentiasa bersama dia.

“Ketika usia belasan tahun saya sudah tunggang motosikal berkuasa tinggi, bukan kapcai. Alhamdulillah meskipun sudah memasuki usia emas saya masih dikurniakan kesihatan yang baik, tidak ada kekangan untuk menunggang.

“Syukur kepada Allah SWT kerana bukan semua orang diberikan nikmat kesihatan seperti ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Makan Malam GP Moto di Dataran Perbadanan Melaka (MCORP) di sini, malam tadi.

Katanya, sejak 20 tahun lalu motosikal berkuasa tinggi Honda ST1300 menjadi jentera pilihannya untuk berkonvoi.

Bersempena penganjuran Malaysia Bike Week Melaka 2024 Mohd Ismail turut mengundang rakan peminat motosikal dari Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis untuk berkampung di negeri ini selama tiga hari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

105
Kongsi :
Previous post ‘Bike Week’ meriahkan TMM2024
Next post Belia wajar jadi penderma darah tegar
Ubah saiz-+=