Pos ‘tak’ laju di Melaka?

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

DAK mat.

 

MAT teringat kata-kata bekas Menteri Kerja Raya dan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu (kini Tun). “Hari ini pos, semalam sudah sampai!”

Ia kata-kata jenaka tetapi melambangkan betapa seriusnya kerajaan mahu syarikat pos efisyen dalam operasinya. Namun apa sudah jadi dengan sebuah syarikat pos tersohor di Malaysia?

Mat terima banyak rungutan dari pengguna tentang syarikat ini di Melaka. Rungutan yang diterima bukan baru. Ia berlarutan sejak sekian lama.

Terbaru, Mat terima rungutan berkaitan syarikat ini lagi. Perkhidmatan yang diberi tidak seperti apa yang ditawarkan. Barang yang dijanjikan sampai ke tangan penerima dalam masa 2-3 hari, tidak berlaku!

Dalam sistem ‘tracking’ syarikat pula, barang tidak dapat diserahkan. Tiada alasan lanjut mengapa tidak dapat diserahkan. Penerima mempertikaikan kerana mereka ada sahaja di rumah ketika musim PKP ini.

Panggilan pelanggan ke pusat perkhidmatan tidak berjawab. Emel pertanyaan yang dihantar ke syarikat juga tidak berbalas. Cubaan untuk mendapatkan ulasan dari pegawai bertanggungjawab juga gagal.

Mungkin mereka perlu menjaga etika syarikat. Akan tetapi mereka juga harus memikirkan perasaan pelanggan yang dibiarkan tanpa sebarang maklum balas.

Pengurusan krisis syarikat perlu lebih sistematik. Syarikat perlu berubah demi persaingan industri ini yang semakin hebat.

Harap mulai sekarang, “hari ini pos, esok sudah sampai”.

Dak Mat : Rindu terima kad raya melalui pos.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

549
Kongsi :
Previous post Rumah Muhyiddin jadi tumpuan
Next post Gerobok rezeki Parlimen Masjid Tanah
Ubah saiz-+=