Gerobok rezeki Parlimen Masjid Tanah

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

LENDU 8 Julai – Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Masjid Tanah, di sini menyediakan gerobok rezeki di kaki lima pejabat itu bagi membantu rakyat terkesan pandemik COVID-19, sejak kelmarin.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau mengambil insiatif menyediakan ruang berkenaan berikutan semakin ramai anggota komuniti terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Katanya, selain barang makanan disediakannya, anggota komuniti pelbagai kaum dan agama juga boleh menyumbang bagi mengisi gerobok berkenaan.

MAS ERMIEYATI menyusun pelbagai bahan makanan di Gerobok Rezeki Parlimen Masjid Tanah di kaki lima pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Masjid Tanah.

“Jangan malu, almari itu menyediakan ruang pelbagai bahan makanan dan minuman untuk diinfakkan kepada sesiapa yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Kami amat memahami ada anggota komuniti malu untuk mengambilnya tetapi dalam keadaan sekarang kita harus ketepikan sifat itu kerana lebih penting ialah keluarga kita mempunyai bahan makanan mencukupi,” katanya di lokasi itu hari ini.

Beliau berkata, bahan makanan itu termasuk diinfak orang ramai, terutama mereka yang ingin bersedekah tetapi tidak tahu kepada siapa ia harus diberikan.

Katanya, beliau yakin pihak yang mengambil bahan makanan itu terdiri daripada mereka yang benar-benar menghadapi kekangan kewangan dan menasihati orang ramai bersifat jujur dalam memanfaatkan sumbangan disediakan.

SUKARELAWAN Masjid Tanah (SMART) mengambil bahan makanan di Pusat Khidmat Rakyat Masjid Tanah untuk dihantar kepada mereka yang terkesan dengan PKP 3.0.
– Foto DIN AHMAD

Seorang penduduk, Abdul Ghafar Mohd Ali, 54, berkata dia sudah mengambil bahan makanan di almari berkenaan semalam tetapi sekadar untuk keperluan keluarganya.

“Saya bekerja sendiri memotong rumput dan sejak PKP 3.0 dilaksanakan awal bulan lalu hingga sekarang tidak banyak peluang kerja yang ada.

“Jadi saya terpaksa mengambil upah memotong buah kelapa sawit milik penduduk sekitar pekan ini bagi menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

881
Kongsi :
Previous post Pos ‘tak’ laju di Melaka?
Next post ‘Saya mau kasi olang susah’
Ubah saiz-+=