Pratonton pengisian program Jun-Disember ‘gegar’ Panggung Bangsawan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDARAYA MELAKA 7 Mei – Persembahan pratonton pengisian program yang dipentaskan pada malam Majlis Pelancaran Panggung Bangsawan dilihat bersemangat dan mantap.

Tinjauan Melaka Hari Ini pada majlis yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu wajar diberi pujian.

Secara keseluruhan majlis pelancaran tersebut mempersembahkan pratonton program, teater, konsert dan pelbagai lagi jenis pementasan yang akan dilaksanakan bermula bulan Jun depan.

Persembahan pratonton dimulai dengan nyanyian daripada penyanyi tempatan yang tidak asing lagi dengan lagu Senandung Anak Melaka yang merupakan lagu rasmi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Lebih istimewa, pengunjung turut disajikan dengan persembahan daripada gitaris lagenda seperti Man Kidal; penyanyi irama asli tanah air, Noraniza Idris; penyanyi dangdut yang popular dengan lagu Dag Dig Dug, Haiza dan persembahan magik.

Bagi menghidupkan majlis pelancaran malam tadi, pratonton teater bangsawan Tun Perak yang menampilkan Datuk Jalaludin Hassan dan Ashraf Muslim menggamatkan lagi majlis itu.

Pementasan terbabit yang bermula pada bulan Jun sehingga Disember depan difahamkan bakal menggamit lebih ramai pengunjung seterusnya menghidupkan nostalgia panggung tersebut.

Antara pengisian yang akan dipentaskan di Panggung Bangsawan seperti Tribute P Ramlee; Ronggeng Vaganza; Teater Bangsawan Tun Perak; Dangdut Millenia; Dendang Warisan; Da’a Hafiat Musiqia; Teater Kanak-Kanak Cat Cit Cot; Lenggok Noraniza Idris.

Turut bakal menggamit pengunjung pementasan Lawak Bangsawan; Magic Show; Rokestra; Rhapsody Guitar; The Dance Maniac dan Faces of Melaka.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan tiket masuk secara atas talian di tiket2U atau mengunjungi laman sosial Panggung Bangsawan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

58
Kongsi :
Previous post MCORP dan pemain pelancongan ‘runding’ pakej menarik ke Panggung Bangsawan
Next post Sasar lebih banyak syarikat tempatan Melaka disenarai di Bursa Malaysia
Ubah saiz-+=