Premis kerajaan dan swasta perlu kibar Jalur Gemilang

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 28 Julai – Premis kerajaan mahupun swasta digalakkan untuk mengibarkan jalur gemilang sebagai bukti semangat kencintaan terhadap negara.

Meskipun dalam keadaan negara berdepan dengan pandemik COVID-19, rakyat Melaka digalakkan untuk menyambut hari kemerdekaan dalam skala aktiviti yang kecil.

Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, sebagaimana ditekankan Perdana Menteri untuk membudayakan amalan mengibarkan Jalur Gemilang, beliau turut menggesa rakyat di negeri ini untuk terus mengamalkan sikap murni yang sama untuk menamam sifat cintakan negara.

Katanya, beliau turut memohon setiap rumah kediaman di negeri ini menyahut cabaran untuk mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan.

“Saya mohon ‘Satu Rumah Satu Bendera’ dalam kita mengingati bulan kemerdekaan, malah premis kerajaan dan swasta turut digalakkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan pelepasan program turun padang ‘Info On Wheels’ di perkarangan luar bangunan Auditorium Seri Negeri, di sini.

Sulaiman berkata, meskipun negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19 dan rakyat Malaysia masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun sebarang aktiviti mahupun program yang bersandarkan semangat patriotisme perlu dilaksanakan dalam skala yang kecil.

“Sambutan atau majlis khusus sempena menyambut bulan kemerdekaan boleh dilaksanakan, tetapi mesti dalam skala yang kecil sepertimana digariskan dan tidak boleh ada satu perjumpaan atau perarakan dalam kapasiti yang besar.

“Begitu juga dalam bulan kemerdekaan, turut diraikan sambutan Hari Raya Aidil Adha, ia boleh dilaksanakan tetapi mesti mematuhi penjarakan sosial.

“Bagi upacara korban dan penyembelihan, ia perlu mengikut jumlah yang ditetapkan, begitu juga dengan majlis pengagihan daging korban,” katanya.

Views:

254
Kongsi :
Previous post Wujud jawatankuasa pantau penyampaian Islam
Next post Nasib ibu tunggal enam anak dapat pembelaan
Ubah saiz-+=