
PRN Johor: Wartawan dikompaun, diberi amaran kerana langgar SOP
JOHOR BAHRU, 26 Feb – Seorang petugas media yang membuat liputan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini dikompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Wartawan Sin Chew Daily Johor, Wong Kian Yong, 42, yang bertugas di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dikompaun oleh wakil Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjalankan tugas di PPC tersebut mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 berikutan gagal memastikan penjarakan fizikal.
Wong berkata situasi tersebut adalah di luar kawalan dan dia hanya menjalankan tugas seperti biasa.
“Saya agak kecewa sebab kalau ikutkan bukan saya seorang sahaja di situ, ramai lagi tetapi hanya saya seorang yang kena kompaun.
“Kalau boleh saya mahu merayu kurangkan lagi jumlah kompaun,” katanya ditemui di PPC itu di Dewan Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru di sini hari ini.
Sementara itu, wartawan Malaysia Gazette, Khairulanuar Yahaya, 47, pula dikenakan amaran terakhir secara lisan oleh wakil KKM tersebut atas dakwaan sama.
Khairulannuar berkata beliau diberi amaran kerana melanggar SOP ketika mendapatkan maklumat calon.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TAK PERCAYA TOK RAUF DATANG, MACAM MIMPI’
AYER LIMAU 9 September - Ada yang teruja, malah menyifatkan peluang berjumpa empat mata dengan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
30 BOT BERHIAS, PERTANDINGAN TEBAR JALA ANTARA TARIKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
AYER LIMAU 9 September - Jumlah penyertaan bagi pertandingan bot berhias sempena Festival Sungai Melaka 2026 di Jeti Nelayan Telok...
MAIM SASAR LEBIH RAMAI BELIA SERTAI BSAT
AYER KEROH 9 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan lebih ramai golongan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi...
TERHARU TOK RAUF KONGSI BERITA GEMBIRA BUMBUNG RUMAH PUSAKA BAKAL DIGANTI
AYER LIMAU 9 September - Masalah bumbung rumah pusaka didiami Mualif Mohd Noor yang bocor sejak sekian lama mendapat perhatian...
TOK RAUF BAWA KHABAR GEMBIRA, RUMAH UZUR ROHAIDAH BAKAL DIBAIK PULIH
AYER LIMAU 9 September - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa khabar gembira buat Rohidah Mohd...
MELAKA RUMAHKU: RM8 JUTA BANTU GOLONGAN PERLUKAN RUMAH SELESA
AYER LIMAU 9 September - Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM8 juta sepanjang tahun ini bagi pelaksanaan Program Melaka Rumahku (PMR)...
